Ikuti Anugerah Skrin Melalui Twitter

Ikuti Anugerah Skrin Melalui Twitter

Diterbitkan pada Dis 4, 2009 oleh .

MediaPrima memang sentiasa memperkenalkan inovasi demi inovasi, dan terkini mereka menggunakan internet sepenuhnya untuk membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan semasa Anugerah Skrin 2009 terus di kaca monitor mereka, samada secara terus di laman web TV3 ataupun melalui Twitter.

tv3malaysia

Pada Twitter, TV3 menggunakan tag #ASK09 yang mana menjadi singkatan kepada Anugerah Skrin 2009, selain pada masa yang sama mereka juga menyediakan gambar-gambar semasa di red karpet melalui TweetPhoto. Melalui pada redkarpet juga, TV3 memaparkan iklan khas supaya menyuruh para pengguna mengikuti mereka melalui Twitter, selain mengemaskini akaun Twitter mereka setiap kali selepas memberikan anugerah kepada para pemenang.

Mungkin selepas ini, kita dapat melihat lebih banyak rancangan di TV3 dan rangkaian televisyen yang lain mengintegrasikan penggunaan Twitter, dan mungkin suatu hari kelak, kita dapat berkomunikasi dengan media siaran secara terus melalui Twitter.


TIPS & ULASAN