Office 2010 Beta Di Muat-Turun Lebih 1 Juta Kali

Office 2010 Beta Di Muat-Turun Lebih 1 Juta Kali

Diterbitkan pada Dis 5, 2009 oleh .

Sudahkah anda memuat-turun Office 2010 Beta dan mencubanya sendiri? Menariknya, kini, Office 2010 Beta sudah pun dimuat-turun dan dicuba oleh lebih daripada 1 juta pengguna seluruh dunia sejak ianya diperkenalkan mulai PDC 2009 pada pertengahan November tempoh hari itu.

Melalui versi percubaan ini, anda boleh memuat-turun beberapa versi Office 2010, termasuk Office 2010 Mobile, Office Home and Business 2010, Office Professional 2010, dan juga Office Professional Plus 2010 secara percuma. Sebelum ini, Microsoft berharap agar ramai pengguna yang dapat mencuba Office 2010 Beta sebelum ianya dilepaskan kepada umum kelak, dan nampaknya permintaan Microsoft tercapai jua.

Office 2010 versi penuh kelak dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada bulan Jun 2010 dan harganya masih belum diketahui buat masa ini. Anda boleh mencuba terlebih dahulu Office 2010 Beta ini secara percuma dan rasai pengalaman menggunakan Office 2010.


TIPS & ULASAN