CatchEye – Masih Tiada Sebarang Perkembangan?

CatchEye – Masih Tiada Sebarang Perkembangan?

Diterbitkan pada Dis 6, 2009 oleh .

Ingatkah lagi berkenaan dengan CatchEye yang pernah disebut sebelum ini? Amat mendukacitakan kerana sehingga kini, masih tiada sebarang iklan yang dapat diperlihatkan, selain laman utamanya yang masih belum dikemaskini, di mana masih memaparkan mesej berkenaan acara mereka pada 21 November 2009.

Konsep CatchEye adalah mudah sekali, dimana para pengiklan perlu memuat-naik iklan, dan kemudian memberikan beberapa soalan berkaitan iklan mereka. Seterusnya, melalui pilihan dan tetapan yang dilakukan oleh pengiklan, CatchEye akan memperlihatkan iklan mereka kepada para pengguna yang terpilih, dimana pengguna tersebut dapat membaca dan menjawab soalan yang disediakan. Melaluinya, para pengguna CatchEye mendapat ganjaran tunai dan lain-lain, pada masa yang sama para pengiklan mendapat jawapan kepada soalan mereka.

CatchEye
Dashboard CatchEye Yang Masih Kekal Sama

Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana masih tiada sebarang perkara berlaku pada laman tersebut, selain panel dashboard yang masih kekal sama. Buat masa ini, sudah lebih daripada 18,000 pengguna berdaftar di laman berkenaan, selain mereka kini mensasarkan untuk mencapai lebih 20,000 pengguna dalam masa terdekat ini. Mungkin juga kita perlu memberikan mereka sedikit masa untuk mereka memperkenalkan iklan mereka kepada umum.


TIPS & ULASAN