Cari @ Amanz

Setelah melepaskan Office 2010 Beta tempoh hari, kini beberapa rekabentuk awal untuk kotak perisian Office 2010 mula kelihatan di beberapa laman terkemuka di internet ini. Rekabentuk antaramuka yang berasal daripada laman CentrumXP ini memperlihatkan 4 daripada 6 variasi Office 2010 yang akan dilepaskan Jun 2010 kelak.

Kotak Office 2010
Rekabentuk Kotak Office 2010

Office 2010 Beta sahaja sudah pun dimuat-turun lebih 1 juta kali oleh para pengguna dari seluruh dunia, dan menariknya salah seorang jurucakap Microsoft telah pun mengatakan yang mana Office 2010 versi penuh kelak akan berada dipasaran pada Jun 2010 kelak. Anda yang ingin mencuba terlebih dahulu Office 2010 ini, boleh memuat-turunnya secara percuma dan mencubanya dan merasai pengalaman Office 2010 yang serba baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd