Cari @ Amanz

Dengan pelepasan Windows 7, ramai pengguna Windows Vista dan XP sudah pun mula beralih menggunakan Windows 7. Kini, Microsoft meminta para pengguna untuk mengemaskini sistem operasi Windows XP SP2 mereka kepada Windows 7 kerana ianya akan ditamatkan mulai 13 Julai 2010.

Mulai 13 Julai 2010, tiada lagi sokongan akan diberikan kepada sistem operasi Windows 2000 Server dan juga Windows XP SP2, dan pengguna diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang lebih terkini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengemaskini sistem operasi XP anda kepada SP3, ianya akan membolehkan sistem operasi anda disokong Microsoft sehingga 2014 kelak.

Penamatan sokongan ini tidak bermakna yang anda tidak boleh menggunakan sistem operasi Windows XP SP2 lagi. Cuma ianya bermakna yang mana anda tidak lagi akan menerima kemaskini sistem operasi, termasuk kemaskini sekuriti dan sebagainya untuk sistem operasi anda daripada pihak Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd