Carian Masa-Nyata Di Google

Carian Masa-Nyata Di Google

Diterbitkan pada Dis 8, 2009 oleh .

Setelah mengumumkan kerjasama bersama dengan Twitter sebelum ini, kini Google mula mengintegrasikan carian masa-nyata pada halaman carian utama mereka, yang mana membolehkan para pengguna membuat carian sehingga kemaskini yang berlaku dalam beberapa saat yang lepas sahaja.

Google Twitter
Carian Masa Nyata Di Google

Buat masa ini beberapa orang pengguna sudah dapat melihat carian masa nyata ini pada web Google, dan ianya akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa terdekat ini. Untuk carian masa nyata ini, Google mendapatkan hasil carian daripada laman Twitter, Facebook, FriendFeed, blog dan juga beberapa laman yang lain seperti Jaiku, Identi.ca dan juga MySpace. Menariknya, semua data ini menjadikan Google mengindex lebih satu billion data setiap hari.

Selain daripada itu, Google juga mengatakan yang mana mereka juga akan memperkenalkan Google Trend untuk carian masa-nyata ini yang mana akan jauh berbeza daripada Twitter Trend. Ini juga bakal membawakan kesan yang besar kepada SEO, yang mana akan mengubah cara pengguna membangunkan web pada tahun 2010 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Sebelum ini, turut diperkenalkan beberapa cara untuk membuat carian masa-nyata di pelayar web Firefox dan Google dengan mudah, selain dengan menggunakan sedikit perubahan pada URL pada laman Google.


TIPS & ULASAN