Cari @ Amanz

Ianya sudah hampir setahun Google melancarkan Offline GMail pada GMail Labs, dimana membolehkan anda menggunakan GMail tanpa sambungan internet dengan mudah, dan menariknya fungsi tersebut hari ini diperkenalkan kepada semua pada GMail, dimana tidak lagi perlu aktifkannya di GMail Labs.

Selain daripada menyelesaikan beberapa masalah yang dikenal pasti pada Offline GMail di GMail Labs tempoh hari, pihak GMail juga turut sama membawakan sokongan untuk memilih mesej mana yang ingin disimpan secara tanpa talian, serta kebolehan untuk menghantar fail attachement ketika luar talian.

Offline GMail banyak digunakan oleh para pengguna Google Apps sebagai ganti kepada klien emel desktop yang sedia ada, dan dengan pengenalan fungsi ini secara terbuka, ianya lebih memudahkan para pengguna menggunakannya. Melaluinya, GMail dapat digunakan diluar talian dengan mudah, dan segala mesej anda akan dihantar dan diterima sebaik sahaja anda online.

Untuk membolehkan fungsi ini pada komputer anda, anda hanya perlu membuat beberapa langkah mudah sahaja, iaitu:

  1. Klik pada “Settings” pada bucu kanan GMail.
  2. Klik pada tab “Offline”
  3. Pilih “Enable Offline Mail for this computer”.
  4. Klik pada “Save Changes” dan ikuti arahan lanjut dari sana
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd