Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini Celcom memperkenalkan Facebook Via SMS, kini mereka memperkenalkan pula Twitter via SMS, dimana dengan kadar RM1 seminggu, anda boleh menghantarkan seberapa banyak mesej yang anda inginkan ke akaun Twitter anda, dan sekaligus mengemaskini akaun Twitter anda dengan mudah.

Twitter Celcom

Untuk memulakan penggunaan servis ini, anda perlu terlebih dahulu mendaftarkan akaun Twitter anda dengan nombor telefon bimbit Celcom anda, dengan menghantarkan T ke 29800. Anda boleh menetapkan sehingga 5 nombor telefon pada akaun Twitter anda. Selain itu, bagi para pengguna yang tidak mempunyai akaun Twitter, dan teringin untuk mengikuti orang-orang ternama seperti Perdana Menteri kita, mahupun artis, anda boleh turut sama menggunakan servis ini dengan menghantarkan FOLL ke 29800.

Mungkin lepas ini, Maxis dan DiGi mungkin menawarkan promosi masing-masing, tetapi sekiranya tidak, anda masih boleh menggunakan GladlyCast mahupun S2Twit untuk membolehkan anda mengemaskini Twitter anda melalui SMS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd