Extensions Beta Di Perkenalkan Untuk Chrome

Extensions Beta Di Perkenalkan Untuk Chrome

Diterbitkan pada Dis 9, 2009 oleh .

Sebuah perkara yang menjadikan para pengguna masih enggan beralih kepada Chrome adalah kerana kekurangan addon dan sebagainya, dan menariknya, hari ini, Google telah pun memperkenalkan Extensions peringkat Beta untuk Google Chrome untuk platform Windows dan Linux.

Chrome Extensions
Halaman Utama Chrome Extension

Sama seperti pada Firefox, Extension pada Google Chrome mudah dibina seperti membangunkan laman web, selain mudah dipasang dan menggunakan proses yang tersendiri, dimana ianya mengelak pelayar web daripada crash dan memperlahankan pelayar web. Buat masa ini, lebih 300 Extension disediakan untuk para pengguna PC dan Linux, manakala para pengguna Mac akan diperkenalkan dengan extension dalam masa terdekat kelak.


TIPS & ULASAN