Cari @ Amanz

Setelah sekian lama membangunkan aplikasi pengurusan emel Mozilla, akhirnya, hari ini, Thunderbird 3 di lepaskan kepada umum, yang mana membawakan pelbagai inovasi yang baru, beserta membawakan kepantasan dan kemudahan penggunaan, selain menjadi aplikasi emel yang boleh disesuaikan ikut keserasian pengguna.

Thunderbird 3 yang didatangkan dalam lebih 49 bahasa yang berlainan ini boleh digunakan pada platform Windows, Mac OS X dan Linux. Thunderbird 3 membawakan lebih 2,000 penambah-baikkan, termasuk fungsi baru seperti tabbed emel, enjin carian yang serba baru, arkib terbina, dan Smart Folder.

Thunderbird Inbox
Inbox Thunderbird Dengan Fungsi Tabbed

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan dengan fungsi-fungsi baru di Thunderbird 3 ini di LinuxMalaya ataupun terus memuat-turun aplikasi pengurusan emel ini ke desktop anda, dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd