Lebih RM1 Juta Hilang Dalam 1,191 Kes Penipuan Internet

Lebih RM1 Juta Hilang Dalam 1,191 Kes Penipuan Internet

Diterbitkan pada Dis 9, 2009 oleh .

Sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Jun ini sahaja, sebanyak lebih 1,191 kes penipuan di internet telah berlaku, yang mana ianya membabitkan lebih RM1 juta. Kes penipuan ini banyak melibatkan perbankan internet, dan banyak lagi kes seumpamanya yang tidak dilaporkan oleh para pengguna.

Di Malaysia sahaja, keseluruhan transaksi internet sepanjang enam bulan pertama tahun ini bernilai lebih RM348.5 billion, yang mana melibatkan lebih kurang 50.3 juta transaksi. Jikalau dibandingkan dengan nilai RM1 juta yang dikaitkan dengan penipuan, ianya hanyalah sebanyak 0.0003 peratus sahaja, dan bukan lagi pada angka yang perlu dibimbangkan.

Untuk mengatasi masalah penipuan melalui perbankan internet ini, BNM telah mengarahkan kesemua bank menggunakan konsep menghantar nombor pin pada SMS, atau yang mana dikenali sebagai TAC, selain memastikan halaman web mereka menggunakan sijil digital dalam pengurusan kewangan online.

Via : MalaysiaKini


TIPS & ULASAN