Syarikat Malaysia – MOL – Membeli Friendster

Syarikat Malaysia – MOL – Membeli Friendster

Diterbitkan pada Dis 10, 2009 oleh .

Selepas semua teka-teki berkenaan penjualan Friendster, hari ini diumumkan yang mana Friendster dibeli sepenuhnya oleh MOL Access Portal. Sebuah entiti baru yang dinamakan MOL Global Pte Ltd telah pun ditubuhkan untuk menguruskan kedua-dua syarikat ini.

MOL - Friendster
Majlis Menandatangani Antara MOL dan Friendster [via]

Ianya dianggarkan yang mana MOL Global Ltd akan menjana lebih US$110 juta dalam pendapatan tahunan hasil daripada pemilikan syarikat Friendster ini. Walaupun sebelum ini diketahui yang mana Friendster akan dijual pada harga USD$100 juta, masih tiada sebarang pengumuman berkenaan harga buat masa ini.

Pemilikan ini juga sekaligus membuka mata dunia terhadap Malaysia. Berita selanjutnya akan menyusul.


TIPS & ULASAN