Cari @ Amanz

Syarikat WiMax terkemuka di Malaysia, Packet One (P1) telah pun dianugerahkan dengan sebuah projek kerajaan yang bernilai lebih RM41.5 juta dalam membawakan sambungan jalur-lebar 4G kepada beberapa kawasan pedalaman di Malaysia, selain membangunkan pusat komuniti di sana.

Melalui projek ini, P1 WiMax akan menyediakan sambungan 4G WiMax di negeri Perak dan Kedah, dimana mereka akan menyediakan sambungan jalur lebar ke kawasan perumahan, serta membangunkan dan menguruskan pusat komuniti internet di kawasan-kawasan berkenaan. Sebelum ini, P1 pernah membangunkan pusat komuniti di Felda Chini Timur, Pahang, yang mana menjadi pusat komuniti internet yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi 4G WiMax.

Melalui projek dan tender ini, SKMM berharap untuk menyediakan jalur lebar yang berkualiti untuk semua, selain mencapai matlamat penembusan jalur lebar sebanyak 50% menjelang akhir tahun 2010 kelak.

[Via : MIS-Asia]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd