MalaysiaKini : 10 Tahun Di Arena Online

MalaysiaKini : 10 Tahun Di Arena Online

Diterbitkan pada Dis 10, 2009 oleh .

MalaysiaKini boleh dikatakan antara laman dan syarikat internet tempatan yang berjaya dengan modal perniagaan berbentuk langganan dalam talian, yang mana kini ianya merupakan laman yang ke-18 terpopular di Malaysia. Baru-baru ini, mereka telah pun menyambut ulang tahun yang ke-10 serta memperkenalkan rekabentuk laman yang serba baru.

MalaysiaKini dahulunya dimulakan dengan idea yang mudah dan ringkas. Ketika dimulakan, MalaysiaKini hanya mempunyai 6 orang pekerja selain sukarelawan, ketika pilihan raya tahun 1999. Dalam sembilan bulan pelancaran sahaja, MalaysiaKini sudah mempunyai lebih 100,000 pembaca harian. Pada awal tahu 2002, MalaysiaKini mula memperkenalkan sistem langganan, yang mana ketika itu hanya bernilai RM10 untuk sebulan. Hanya lebih kurang 1000 pembaca daripada 100,000 pembaca yang melanggan ketika itu.

Walaubagaimanapun, orang yang melanggan pada MalaysiaKini mula meningkat hari demi hari, dan pada tahun 2004, MalaysiaKini versi Bahasa Malaysia diperkenalkan diikuti dengan versi Bahasa Cina pada tahun 2005. Pada tahun 2006 pula, mereka memperkenalkan MalaysiaKini.TV. Ianya diikuti dengan versi Bahasa Tamil setahun kemudian, hasil kerjasama bersama majalah mingguaan Sembaruthi.

Pada pengumumman keputusan pilihan-raya lepas sahaja, MalaysiaKini dikunjungi lebih 500,000 pembaca antara pukul 10.00 malam hingga 11.00 malam. Melalui penggunaan Google Analytics, didapati bahawa MalaysiaKini mempunyai purata pengunjung lebih kurang 250,000 setiap hari.

Dalam masa sepuluh tahun ini sahaja, mereka telah mencapai pelbagai perkara membanggakan, dan semuanya diperlihatkan pada sebuah video ringkas selama 3 minit 20 saat. Selain MalaysiaKini, syarikat yang sama juga menguruskan aplikasi MobileKini, membangunkan laman Vozie serta bekerjasama dengan Mapdoo membangunkan laman 1Map.


TIPS & ULASAN