Ancaman Dunia Siber Meningkat 87 Peratus

Ancaman Dunia Siber Meningkat 87 Peratus

Diterbitkan pada Dis 10, 2009 oleh .

Walaupun semalam dilaporkan yang mana tahap kes penipuan di internet masih pada keadaan yang tidak membimbangkan, kini, ianya dilaporkan yang mana ancaman siber yang dilapor kepada Pusat Bantuan Siber99 sepanjang 10 bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 87 peratus berbanding tahun lepas.

Angka yang dikeluarkan oleh Jabatan MyCert, CyberSecurity Malaysia itu memperlihatkan yang mana jumlah kes yang dikendalikan oleh Jabatan Forensik Digital Malaysia turut mengalami peningkatan, iaitu sebanyak 17 peratus, ataupun lebih tepat lagi melibatkan sebanyak 304 kes sepanjang 10 bulan pertama tahun ini, jikalau dibandingkan dengan hanya 260 kes pada tempoh sama tahun lepas.

Ianya sedia diketahui yang mana tahun 2010 bakal menjadi tahun jalur lebar negara, dan ini juga akan meningkatkan kes penipuan di internet, selain membawa ancaman siber yang lebih tinggi lagi. Berhubungan dengan itu, kini, usaha mempertingkatkan keselamatan siber perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dan terutamanya oleh pihak kerajaan sendiri, kerana kelak ianya boleh membawakan implikasi buruk terhadap keselematan negara.

Via : Bernama


TIPS & ULASAN