Carian
Picasa 3.6 Membawakan Fungsi Kolaborasi
December 11, 2009 Aman

Perisian pengurus gambar dan imej daripada Google, iaitu Picasa kini telah pun mencapai versi 3.6, membawakan beberapa fungsi baru, dan yang paling menarik sekali ialah, ianya membawakan fungsi untuk lebih daripada satu pengguna memuat-naik gambar ke album gambar yang sama.

Picasa 3.6
Fungsi Kolaborasi Pada Picasa 3.6

Sebelum ini, fungsi tersebut telah pun disokong melalui Picasa Web Album, dan memandangkan ramai memuat-naik imej melalui aplikasi desktop Picasa, Picasa 3.6 membawakan sokongan fungsi tersebut. Kini, ketika memuat-naik imej ke dalam album gambar, anda akan melihat pilihan “Collaborate to a friend’s album..” dimana dengan memilihnya, anda boleh menetapkan tetapan siapa yang boleh memuat-naik imej kedalam album tersebut.

Selain daripada itu, Picasa 3.6 juga membolehkan anda mengekalkan kualiti imej JPEG ketika memuat-naik. Tetapi, ianya sudah semestinya memakan ruangan yang lebih banyak, tetapi dengan harga yang ditawarkan oleh Google, anda boleh memuat-naik ruangan storan anda dengan mudah sekali. Anda boleh memuat-turun aplikasi Picasa 3.6 secara percuma, dan mencuba fungsi baru padanya.

Komen