Cari @ Amanz

Skype telah pun mengeluarkan versi terbaru aplikasi komunikasi internet mereka, iaitu Skype 4.2 Beta untuk Windows. Ianya membawakan beberapa perkara dan fungsi baru, selain menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti pada versi sebelum ini. Pada masa yang sama, Skype juga memperkenalkan aplikasi VoIP miliknya untuk telefon bimbit Symbian.

Skype 4.2 Beta
Aplikasi Skype Untuk Windows

Melalui Skype 4.2 Beta untuk Windows ini, Skype membawakan fungsi untuk memindahkan panggilan yang diterima oleh pengguna kepada pengguna Skype yang lain dengan percuma. Dan sekiranya anda memindahkan panggilan tersebut kepada telefon mudah alih dan sebagainya, anda terpaksa tanggung caj yang terlibat padanya, tetapi ianya percuma jika anda memindahkan panggilan antara pengguna Skype pada komputer.

Pada masa yang sama, Skype juga membawakan sokongan plugin untuk pelayar web Google Chrome. Skype 4.2 Beta juga mengintegrasikan dirinya pada Windows 7 dengan lebih baik lagi. Pada masa yang sama, kini Skype membawakan aplikasi chat dan VoIP miliknya untuk menyokong Symbian. Aplikasi sebesar 6MB ini boleh digunakan pada telefon bimbit Nokia yang menggunakan Symbian Series 60 dan terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd