Carian
Astro Byond – HDTV Pada Tambahan RM20 Sebulan
December 11, 2009 Aman

Astro hari ini, telah pun melancarkan Astro Byond perkhidmatan televisyen berbayar definisi tinggi atau yang mana turut dikenali sebagai HDTV di Malaysia. Untuk menikmatinya, anda hanya perlu membayar tambahan RM20 sebulan, dan anda akan mendapat dekoder serba baru yang menyokong HDTV.

Saluran HD yang akan ditayangkan adalah dalam bentuk 1080i, tetapi buat masa ini, belum semua saluran yang disokong dalam bentuk HDTV lagi. Untuk fasa pertama, hanya beberapa saluran utama sahaja yang akan disokong dalam bentuk HD, iaitu saluran sukan, dokumentari dan filem. Saluran lain dijangka akan disokong secara berperingkat.

Sempena pelancarannya hari ini, saluran National Geographic dan juga ESPN sudah pun boleh ditonton dalam bentuk HD. Saluran-saluran rancangan tempatan dijangka akan disokong dalam bentuk HD pada fasa kedua kelak. Untuk melancarkan perkhidmatan ini sahaja, Astro mengeluarkan kos sebanyak RM200 juta, dan kira-kira RM150 juta dalam bentuk pemasaran dan kendalian.

HDTV adalah sistem penyiaran televisyen digital dengan resolusi yang lebih tinggi daripada sistem televisyen tradisional.

Komen