Transaksi Dalam Ringgit Malaysia Melalui PayPal

Transaksi Dalam Ringgit Malaysia Melalui PayPal

Diterbitkan pada Dis 11, 2009 oleh .

PayPal yang membolehkan para pengguna dan penyedia perkhidmatan dan produk membayar dan menerima wang dengan mudah, kini, secara rasminya telah pun mengembangkan perkhidmatan mereka ke Malaysia, dan membolehkan transaksi dilakukan dengan menggunakan Ringgit Malaysia.

PayPal Malaysia

Dengan pengembangan perkhidmatan mereka ini, mereka membolehkan para pengguna memindahkan wang daripada akaun PayPal terus ke akaun bank Malaysia, sekaligus memudahkan segala aktiviti e-dagang yang berlaku diinternet. Walaupun perkara ini telah mula disokong sejak akhir-akhir ini, ianya tiada sebarang pengumuman daripada pihak PayPal sehinggalah sekarang.

PayPal menjadi pilihan para penyedia perkhidmatan dalam talian, kerana ianya memudahkan para pengguna membuat pembayaran dengan cepat dan selamat secara dalam talian. Walaupun CiMBClicks, Maybank2U dan sebagainya turut menyediakan perkhidmatan seumpamanya, mereka tidak menyediakan halaman khas untuk urusan transaksi, dan ini menjadikan PayPal menjadi pilihan utam penyedia perkhidmatan dan penjual produk di internet.


TIPS & ULASAN