CIMBClicks Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

CIMBClicks Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Dis 11, 2009 oleh .

CiMBClicks merupakan antara laman perbankan yang digunakan ramai dari hari ke hari. Kini, tidak lama lagi, mereka bakal memperkenalkan rekabentuk baru, yang mana memperlihatkan evolusi CIMBClicks dan pada masa yang sama memudahkan para pengguna melayari laman tersebut dengan lebih mudah lagi.

Buat masa ini, pra-tonton yang diperlihatkan oleh CIMB adalah amat minimum sekali, dimana mereka hanya memaparkan dua antaramuka pada saiz yang kecil sekali. Walaubagaimanapun, antaramuka yang baru ini tampak lebih kemas dan kurang berserabut berbanding sebelumnya. Ianya masih belum diketahui, bilakah antaramuka baru ini akan digunakan pada laman CIMBClicks secara menyeluruh. Sama-sama kita nantikannya.

Halaman Utama CIMBClicks Yang Baru
Halaman Utama CIMBClicks Yang Baru

Halaman Pengguna CIMBClicks Yang Baru
Halaman Pengguna CIMBClicks Yang Baru


TIPS & ULASAN