Yahoo! Mengintegrasikan Twitter Pada Hasil Carian

Yahoo! Mengintegrasikan Twitter Pada Hasil Carian

Diterbitkan pada Dis 12, 2009 oleh .

Setelah Google menyertakan carian masa-nyata daripada pelbagai laman web sosial, termasuk Twitter dan Facebook, kini tibanya pula masa untuk Yahoo! menyertakan hasil carian daripada Twitter pada hasil cariannya. Kini, anda boleh melihat keputusan carian daripada Twitter pada laman carian Yahoo!.

Yahoo! Twitter
Hasil Twitter Pada Yahoo!

Kini, satu per satu enjin carian yang mengintegrasikan carian masa-nyata, dan mungkin lepas ini, kita boleh lihat ianya diintegrasikan pada laman-laman yang lain. Google memperkenalkan carian masa-nyata mereka pada Isnin yang lepas, selepas Bing menintegrasikan Twitter pada hasil carian beberapa bulan yang lalu.


TIPS & ULASAN