Carian
Google Memperkenalkan Dua Fungsi Baru Pada Google.com
December 12, 2009 Aman

Seperti sedia maklum, Google sememangnya mementingkan kelajuan pada laman cariannya. Selepas memperkenalkan carian masa-nyata pada laman Google, kini mereka memperkenalkan dua lagi fungsi baru, iaitu carian universal pada Google Suggest dan juga fungsi Quick Scrool untuk Chrome.

Google Universal
Google Suggest

Sama seperti pada Yahoo!, kini anda boleh melihat hasil carian universal ketika anda sedang menaip pada kotak carian Google. Buat masa ini, beberapa istilah yang disokong dalam carian universal adalah seperti cuaca, masa semasa, kod kawasan, definasi, kalkulator dan banyak lagi. Anda akan diberikan dengan jawapan, semasa anda sedang menaip pada kotak carian.

Pada masa yang sama, Google turut memperkenalkan extension baru untuk Chrome, yang dipanggil Quick Scroll, membolehkan anda mencari apa yang anda ingin cari dengan lebih pantas. Buat masa ini, ianya hanya boleh digunakan pada Chrome 4 Beta di Windows dan juga Linux.

Dengan fungsi Google Suggest dan Google Quick Scroll yang baru ini, Google berharap para pengguna dapat menjimatkan masa lagi ketika melayari web dan membuat carian pada Google.

Komen