Carian
Najib Menyarankan Kod Etika Untuk JuruBlog
December 12, 2009 Aman

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini melalui laman blog miliknya, SatuMalaysia.com.my telah pun menyarankan kepada para penulis blog di Malaysia supaya menjadikan Kod Etika Blogger sebagai satu garis panduan ketika menulis blog.

Beliau yang kini mengambil berat dengan media baru yang banyak menggunakan blog untuk menyampaikan berita semasa, mendapati yang mana kod etika yang dikeluarkan oleh CyberJournalist adalah menarik, dan sesuai untuk diadaptasikan oleh para penulis blog tanah air.

Melaluinya, para penulis blog perlulah;

  • Jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menyampaikan maklumat.
  • Tidak memplagiat atau mencuri hasil tulisan orang lain.
  • Memastikan informasi yang disampaikan adalah tepat sebelum ditulis dan disampaikan kepada para pembaca.
  • Mengetahui kesilapan, dan sedia membetulkannya dengan pantas.
  • Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenai dengan blog berkenaan kepada orang ramai.
  • Memberitahu sebarang agenda, kerjasama, dan aktiviti dengan pihak lain.

Rasanya, ini bukan sahaja perlu diadaptasi oleh hanya penulis blog, tetapi turut diimplimentasikan oleh para wartawan dan media diluar sana. Mungkin tahun 2010 menjadi tahun besar kepada para penulis blog di Malaysia kelak.

Komen