Google Phone Di Pasaran US Awal Tahun 2010

Google Phone Di Pasaran US Awal Tahun 2010

Diterbitkan pada Dis 14, 2009 oleh .

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura mengenai Google Phone sebelum ini, kini telefon bimbit pintar yang dibangunkan oleh Google ini sudah pun mula kelihatan, yang mana dikenali sebagai Nexus One. Nexus One ini menggunakan Android sebagai sistem operasi utamanya, dan akan berada di pasaran pada awal 2010.

Google Phone
Google Phone Yang Di Kenali Sebagai Nexus One

Seperti yang diketahui sebelum ini, Nexus One ini menggunakan sistem operasi Android yang dikemaskini, dengan membawakan elemen 3D pada tray aplikasi, selain fungsi mute dan kunci skrin sama seperti pada Android 2.0.1. Sama seperti telefon bimbit pertama yang menggunakan Android, Nexus One juga turut akan dikeluarkan oleh T-Mobile, dan didatangkan dengan fungsi WiFi, serta Google Navigation.

Nexus One
Nexus One Dengan Android Yang Di Kemaskini [via]

Ianya masih tidak diketahui samaada Nexus One ini akan tiba di Malaysia atau pun tidak, tetapi tahun 2010 akan memperlihatkan lebih daripada 50 telefon bimbit pintar yang menggunakan Android dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar telefon bimbit seluruh dunia.


TIPS & ULASAN