Ianya tinggal lebih kurang 15 hari lagi untuk tahun 2010, dan menariknya, Google sudah pun memulakan pengiraan untuk mencapai tahun 2010 dalam bentuk saat pada halaman utama mereka. Untuk melihatnya, anda hanya perlu klik pada I’m Feeling Lucky pada laman Google, dan sudah boleh melihatnya.
Pengiraan ini dilakukan dalam bentuk saat, menggunakan JavaScript dan ketika artikel ini ditulis, terdapat lebih kurang 1,466,000 saat sebelum mencapai tahun 2010. Ianya sebuah perkara interaktif yang dilakukan oleh Google sebagai salah satu langkah untuk menyambut tahun 2010. Pada masa yang sama, semua muslimin seluruh dunia, akan menyambut tahun baru hijrah pada hujung minggu ini.
Tips oleh RotiKaya Staff. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus.