Malaysia Komited Tidak Akan Menapis Internet

Malaysia Komited Tidak Akan Menapis Internet

Diterbitkan pada Dis 15, 2009 oleh .

Selepas pelbagai ura-ura yang Malaysia ingin memperkenalkan tapisan internet dan sebagainya, hari ini, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menggumumkan yang mana Malaysia komited untuk tidak memperkenalkan tapisan internet, dan komited pada “Net Neutrality”.

Selain daripada itu, beliau juga berkata yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengamalkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membolehkan konsep laluan terbuka kepada pemegang-pemegang lesen telekomunikasi. Prinsip ini merujuk dimana penyedia perkhidmatan internet (ISP) perlulah bebas daripada sekatan kepada mana-mana kandungan (termasuk P2P?), laman sesawang, dan platform yang digunakan.

Selain daripada itu, beliau juga berkata yang mana tiada sebarang pembekal perkhidmatan yang memonopoli sebagai penyedia ISP di Malaysia ini. Sebelum ini, Telekom Malaysia (TM) menguasai pasaran ISP negara, namun kini P1 Wimax mendapat perhatian ramai pengguna, malah baru-baru ini dianugerahkan dengan projek kerajaan bernilai RM41.5 juta.

Pada masa yang sama, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga mengarahkan SKMM dan Telekom Malaysia untuk menyediakan kertas kerja berhubung cara pembekal ISP boleh menyediakan perkhidmatan internet pada kos yang lebih rendah dan dijangka akan dibentangkan pada kabinet Februari tahun depan.

Sebelum ini, Najib Razak turut telah mengatakan yang mana Malaysia tidak akan memperkenalkan sebarang tapisan pada internet, dan kekalkannya seperti sedia ada, selain baru-baru ini menyarankan kod etika untuk jurublog.


TIPS & ULASAN