Facebook Menguji Pemendek URL FB.Me

Facebook Menguji Pemendek URL FB.Me

Diterbitkan pada Dis 15, 2009 oleh .

Sepanjang tahun ini, laman pemendek URL mendapat perhatian apabila ramai yang mula berkongsi URL di Twitter. Seperti yang diketahui, pemendek URL yang paling popular adalah Bit.ly buat masa ini, namun ianya mungkin berubah dengan kemasukkan Facebook dalam dunia pemendek URL ini.

FB.ME

Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak Facebook, namun begitu, beberapa URL yang diperlihatkan pada umum menggunakan domain FB.Me berbanding URL yang biasanya panjang lebar. Buat masa ini, para pengguna tidak boleh memendekkan URL mereka tersendiri, tetapi ianya dibuat secara automatik oleh Facebook.

Selain daripada itu, semua halaman pada Facebook juga kini sudah boleh menggunakan URL pendek FB.Me ini. Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini anda perlu menggunakan URL panjang seperti Facebook.com/AmanzNetwork, kini anda boleh melayari laman yang sama menggunakan URL FB.Me/AmanzNetwork.

Pemendek URL ini lebih ditujukan kepada para pengguna Facebook Mobile, dimana URL yang dipaparkan pendek yang bersesuaian dengan skrin telefon bimbit yang kecil. Ianya juga dikatakan yang mana pemendek URL Facebook ini akan didatangkan dengan fungsi statistik sama seperti pada laman Facebook Pages.


TIPS & ULASAN