Google Memperkenalkan Pemendek URL – Goo.gl

Google Memperkenalkan Pemendek URL – Goo.gl

Diterbitkan pada Dis 15, 2009 oleh .

Hari ini, selain daripada Facebook, Google turut memperkenalkan pemendek URL mereka yang tersendiri, iaitu Goo.gl. Buat masa ini, Goo.gl diperkenalkan untuk dua produk mereka, iaitu untuk Google Toolbar dan juga Feedburner, dan mungkin akan diperkenalkan kepada yang lain dalam masa terdekat ini.

Oleh kerana terdapat terlalu banyak persaingan dalam industri web pemendek URL ini, Google lebih menumpukannya kepada Google Toolbar dan Feedburner yang mana digunakan ramai, dan akan memudahkan mereka mengaksesnya dengan lebih mudah dan pantas. Selain daripada itu, Goo.gl dibina dan menggunakan infrastruktur dan fasiliti daripada Google, yang memberikan tiga perkara tambahan, iaitu stabiliti, sekuriti, dan kepantasan.

Pusat Data Google adalah antara yang paling stabil didunia, selain Goo.gl akan menggunakan sekuriti sama seperti pada Google Search, iaitu menyemak terlebih dahulu sesuatu URL samaada berbahaya atau pun tidak. Pada masa yang sama, Google juga amat mementingkan kepantasan, dan mereka akan terus memperbaiki servis mereka untuk memberikan kepantasan yang amat laju.

Buat masa ini, anda tidak boleh memendekkan URL anda menggunakan Goo.gl sama seperti FB.Me. Goo.gl hanya boleh digunakan dan terdapat pada Google Toolbar dan Feedburner. Sekiranya ianya mendapat perhatian ramai, ianya kelak akan diintegrasikan kepada pelbagai servis Google yang lain.


TIPS & ULASAN