P1 WiMax Di Sabah Sarawak Menjelang Julai 2010

P1 WiMax Di Sabah Sarawak Menjelang Julai 2010

Diterbitkan pada Dis 15, 2009 oleh .

Penyedia WiMax terkemuka negara, P1 WiMax hari ini mengumumkan yang mana mereka menjangkakan untuk melancarkan perkhidmatan WiMax mereka di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak menjelang pertengahan 2010, atau lebih tepat lagi pada bulan Julai 2010.

Buat masa ini, Packet One telah mengenal pasti lebih 48 tapak untuk melaksanakan rancangan ini pada tahun 2010, dan lebih 58 tapak lagi akan diberikan perhatian pada 2011. Antara tapak-tapak yang akan mendapat perhatian awal, termasuklah Kota Kniabalu, Sandakan, dan juga bahagian Tawau. Sekiranya mendapat sambutan dan permintaan, perkhidmatan P1 WiMax juga akan diperkenalkan di kawasan luar bandar yang lain.

Sejak P1 WiMax diperkenalkan pada bulan Ogos tahun lepas, mereka telah mendapat lebih daripada 120,000 pengguna dengan pengguna yang terbanyak daripada negeri Selangor, iaitu sebanyak 41 peratus. Daripada jumlah keseluruhan, 120,000 pengguna, sebanyak 33.15 peratus merupakan pengguna jalur lebar yang baru dan tidak pernah melanggan kepada perkhidmatan yang lain sebelum ini. Dengan memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada Sabah dan Sarawak, ianya akan membantu Packet One meningkatkan penguasaan pasaran WiMax pada masa ini yang berjumlah 56 peratus.


TIPS & ULASAN