Video : Proses Pemasangan HSBB Oleh TM

Video : Proses Pemasangan HSBB Oleh TM

Diterbitkan pada Dis 16, 2009 oleh .

Seperti yang dikatakan sebelum ini, sebanyak lebih kurang 122 kediaman di uji dengan internet berkelajuan tinggi sehingga 15Mbps di beberapa kawasan terpilih, termasuk Bangsar, TTDI, Subang Jaya dan juga Shah Alam. Menariknya, internet HSBB ini turut sama didatangkan dengan IPTV.

Pemasangan HSBB di kediaman para pengguna yang terpilih ini mengambil masa yang agak lama, iaitu seharian, dan proses pemasangannya didokumentasikan dengan baik sekali oleh salah seorang pengguna, dan diperlihatkan pada sebuah video selama 8 minit 48 saat.

Buat masa ini, masih kurang info berkaitan dengan IPTV yang bakal ditawarkan oleh TM kelak, tetapi ianya akan menggunakan nama Hypp.TV dan buat masa ini telah menyediakan lebih 30 saluran. Pakej IPTV kelak akan didatangkan bersama-sama dengan pakej HSBB anda, membolehkan anda menonton rancangan kegemaran anda secara terus pada kaca televisyen.

Tips oleh Roslan. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN