Mungkin ramai sudah ketahui yang mana Friendster telah pun dimiliki oleh syarikat daripada Malaysia, MOL Global, dan ianya diura-urakan yang mana Friendster telah dimiliki pada harga lebih kurang $100 juta, namun sebenarnya, ianya dimiliki pada harga hanya 39.5 juta sahaja.
TechCrunch melaporkan, yang mana beberapa sumber-sumber boleh dipercayai mengatakan yang mana Friendster hanya dibeli pada harga $39.5 juta, dan hanya bernilai $26.4 juta selepas menolak beberapa kos sebanyak $13.1 juta. Amat mendukacitakan kerana sebelum ini, Friendster dikatakan bernilai antara $98 juta hingga $273 juta, dan ianya telah dijual pada harga kurang $40 juta sahaja.
Sebelum ini, pada tahun lepas, Friendster telah ditawarkan sebanyak $150 juta, tetapi telah ditolak oleh pihak Friendster, dan pada tahun 2003 mereka telah menolak tawaran Google yang bernilai sebanyak $30 juta. Buat masa ini, masih tiada angka rasmi daripada pihak Friendster dan juga MOL Global.