Satukan Senarai Alamat Yang Sama Pada GMail

Satukan Senarai Alamat Yang Sama Pada GMail

Diterbitkan pada Dis 16, 2009 oleh .

Menguruskan senarai nama pada buku alamat emel anda mungkin merupakan suatu cabaran yang besar. Untuk menanganinya, kini Google membolehkan anda mencari senarai nama dan alamat yang sama, dan satukannya sekali dengan mudah dan pantas, sekaligus mengurangkan alamat yang sama pada buku alamat anda.

Merge GMail
Pilihan Mencari Nama Sama Pada Buku Alamat

Untuk mula menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu klik pada butang “Find Duplicates” pada Contact Manager di GMail, dan anda akan diberikan pilihan yang sama, dan anda boleh satukannya ataupun tidak mengikut pilihan anda. Ianya merupakan salah satu pilihan yang menarik daripada pihak GMail, dan fungsi ini merupakan salah satu fungsi yang diminta oleh para pengguna untuk sekian lama, dan kini ianya telah pun ditunaikan oleh pihak GMail.


TIPS & ULASAN