Setelah Google memperkenalkan multi-process pada pelayar web miliknya, Google Chrome, pihak Mozilla turut sama membangunkan fungsi yang serupa untuk Firefox, dan terkini, dalam versi pembangunan Firefox yang terbaru, fungsi tersebut sudah pun mula kelihatan.
Melalui fungsi tersebut, ianya mengelakkan daripada pelayar web Firefox berhenti berfungsi apabila salah satu plugin menjadi bermasalah. Ianya akan terus membolehkan menggunakan pelayar web tersebut, dan hanya plugin yang berkenaan sahaja akan diberhentikan. Menariknya, fungsi yang serupa dengan Google Chrome ini dibangunkan dengan menggunakan kod sumber Chromium itu sendiri.
Ianya masih lagi bukan fungsi one-tab-process, tetapi membahagikan plugin dan addon menggunakan proses mereka yang tersendiri merupakan langkah awal Mozilla dalam memperkenalkan fungsi-fungsi yang seakan dengannya.