Carian
Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
December 17, 2009 Aizan Fahri

Kebanyakan pengguna internet seringkali merungut apabila buah hati tercinta seringkali offline dalam YM atau buat-buat offline. Saya seringkali menerima soalan bertubi-tubi macam mana nak tahu adakah seseorang itu offline atau sebaliknya dengan cara yang mudah dan senang.

Caranya mudah sahaja. Berbekalkan dengan aplikasi web pihak ketiga, anda mampu untuk melihat seseorang itu samaada di luar talian atau sengaja meng-invisible-kan diri mereka. Anda hanya perlu letakkan ID pengguna untuk mengetahui status seseorang pengguna itu. Kesemua servis yang akan saya kongsikan ini percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau pembayaran.

Y-Detector

ydetector

Y-Detector memeriksa status Yahoo. Berkesan dan selalunya menunjukkan keputusan yang betul.

Status Detect

Status detect ini dikatakan mampu berfungsi dengan baik dan mempunyai antaramuka yang menarik.

Scan YM

ScanYM ini boleh mengesan status YM seseorang, avatar dan sedikit servis yang berguna dan selalunya memaparkan keputusan yang betul.

Y-Status

Selain menunjukkan keputusan yang betul, anda boleh menghantar mesej, melihat profil dan memuat turun avatar melalui Y-Status

Di tulis oleh Kay AMX. Sumber asal dari blog penulis sendiri iaitu MyLife.

Komen