Personas 2.0 Membawakan Rekabentuk Baru

Personas 2.0 Membawakan Rekabentuk Baru

Diterbitkan pada Dis 17, 2009 oleh .

Selepas pasukan Mozilla Labs memperkenalkan Personas 1.0 pada Mac yang lepas, kini, Personas 2.0 dilepaskan secara rasminya. Personas 2.0 kini membawakan antaramuka yang lebih bersih, navigasi yang dipermudahkan, dan memudahkan para pengguna melihat dan menggunakan seni terbaru dengan mudah.

Personas merupakan salah satu aplikasi tambahan untuk Firefox bagi menjadikan pelayaran web anda lebih menarik dan menepati ciri-ciri peribadi anda. Jikalau sebelum ini, Personas 1.0 dilancarkan dengan lebih kurang 150 rekabentuk sahaja, kini dengan Personas 2.0, ianya membawakan lebih 40,000 rekabentuk menjelang akhir tahun ini.


TIPS & ULASAN