Malaysia Bakal Menjadi Tuan Rumah APICTA 10

Malaysia Bakal Menjadi Tuan Rumah APICTA 10

Diterbitkan pada Dis 17, 2009 oleh .

Selepas menjadi tuan rumah yang pertama untuk Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) pada sepuluh tahun yang lepas, kini Malaysia sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah untuk APICTA 10 yang bakal diadakan bulan Oktober tahun hadapan.

Malah lebih menarik lagi APICTA yang ke-10 kelak akan diadakan pada 10 Oktober 2010, menjadikan angka 101010 sempena dengan ulang tahun yang ke-sepuluh. Ianya juga dikatakan yang mana acara tersebut akan dirasmikan pada tepat pukul 10.00 pagi untuk menjadikannya lebih bermakna lagi.

APICTA merupakan salah satu entiti yang dimulakan oleh Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran ICT kepada komuniti dan dalam mengurangkan jurang digital antara pengguna. Malam gala APICTA akan diadakan pada malam ini di Melbourne, Australia, dengan beberapa peserta Malaysia yang disebut-sebut akan memenangi beberapa anugerah.


TIPS & ULASAN