Cari @ Amanz

Sudah menjadi lumrah bagi para pengguna internet apabila melayari sesuatu laman web, tiba-tiba laman tersebut tidak dapat dibuka mungkin disebabkan oleh pelayan laman tersebut tidak beroperasi buat seketika waktu dan sebagainya. Namun, anda masih boleh membuka laman tersebut dengan beberapa cara.

Bagi pengguna FireFox, mereka mungkin anda dapat menggunakan addon yang bernama G-Cache. Bagi mereka yang tidak menggunakan FireFox, mungkin mereka boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan sendiri oleh Google, iaitu Google Cache.

Untuk membuka laman web yang tidak dapat diakses itu, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah mudah yang berikut melalui Google Cache:

Google Cache

  1. Salin URL laman web yang tidak dapat dibuka tersebut.
  2. Buka laman web Google.com dalam tab yang berlainan dan tulis pada kotak carian dalam format berikut
    cache:http://www.example.com/content
  3. Sebaik sahaja anda klik pada butang ‘search’, anda akan dapat melihat salinan “cache” yang di’host’kan pada google server.

Tetapi sekiranya anda menggunakan Mozilla Firefox, anda boleh memudahkan segala proses ini dengan penggunaan plugin yang bernama GCache. Anda hanya perlu memasangnya pada pelayar web Firefox anda, dan dengan mudah anda sudah boleh melayari laman web menggunakan Google Cache.

Ditulis oleh Kay

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd