Dell Mengurangkan Lebih 700 Pekerja Di Pulau Pinang

Dell Mengurangkan Lebih 700 Pekerja Di Pulau Pinang

Diterbitkan pada Dis 17, 2009 oleh .

Sama seperti syarikat-syarikat IT yang lain, Dell turut sama terpaksa mengurangkan pekerja mereka untuk mengurangkan kerugian yang dialami mereka, dan baru-baru ini, Dell telah pun memberitahu kepada umum yang mana mereka akan kurangkan seramai 700 orang pekerja di Malaysia.

Menurut Dell, mereka akan melepaskan seramai 700 pekerja sekarang menjelang Jun 2010. Hal ini adalah disebabkan keputusan Dell untuk tidak lagi menggunakan kilan di Pulau Pinang dalam produksi notebook untuk pasaran Amerika Latin, Kanada dan US, sebaliknya hanya untuk pasaran Asia Tenggara dan juga Australia. Ini menjadikan mereka perlu mengurangkan pekerja, untuk mengurangkan kos operasi mereka.

700 pekerja yang bakal dihentikan kerja itu merupakan lebih kurang 16% daripada jumlah pekerja di Del Pulau Pinang, yang mana bakal menjadikan tenaga pekerja Dell di Pulau Pinang berubah daripada 4500 orang kepada 3800 orang.


TIPS & ULASAN