Google Mengintegrasikan Amazon Associate Pada Blogger

Google Mengintegrasikan Amazon Associate Pada Blogger

Diterbitkan pada Dis 17, 2009 oleh .

Google dan Amazon telah pun mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, para penulis blog pada platform Blogger kini boleh menjana serba sedikit wang daripada tulisan mereka dengan mengintegrasikan Amazon Associates Program pada blog mereka dengan mudah sekali sama seperti Adsense sebelum ini.

Blogger Amazon

Dengan ini, para pengguna Blogger atau Blogspot boleh menyertakan pautan berupa iklan kepada produk dengan mudah sekali, serta menjana pendapatan affiliate melalui sebarang pembelian yang dilakukan melalui pautan mereka. Melalui fungsi terbaru yang ditambah pada Blogger, para pengguna boleh mencari sebarang produk pada Amazon dan menyertakannya ke dalam hasil tulisan mereka dengan amat mudah sekali.

Para pengguna Blogger yang ingin menggunakan fungsi ini, perlulah terlebih dahulu aktifkannya pada ruangan Monetization, dimananya terdapat beberapa pilihan lain seperti AdSense dan juga AdSense for Feeds. Dengan bekerjasama bersama Blogger, Amazon kelak akan mendapat akses kepada jutaan pengguna untuk mempromosikan produk mereka, sekaligus membolehkan para pengguna Blogger menjana wang sampingan dengan mudah.


TIPS & ULASAN