Memendekkan URL Menggunakan Goo.gl

Memendekkan URL Menggunakan Goo.gl

Diterbitkan pada Dis 18, 2009 oleh .

Seperti dikatakan sebelum ini, Google telah memperkenalkan servis ringkasan URL atau pemendek URL tersendiri menggunakan domain Goo.gl. Sebelum ini, dikatakan bahawa pemendek URL goo.gl hanya boleh digunakan melalui Google Toolbar dan Feedburner sahaja, tetapi dalam artikel ini, saya ingin menunjukkan cara-cara untuk menggunakan pemendek URL dari Google ini.

Sekiranya anda merupakan pengguna Google Chrome, iaitu pelayar web daripada Google, anda boleh memasang extension untuk Chrome dengan syarat anda menggunakan Google Chrome versi beta yang terkini yang mana membawakan sokongan extension. Anda boleh download Google Chrome beta melalui laman rasmi Google Chrome secara percuma dan memasang extension pemendek URL Goo.gl dengan hanya beberapa klik sahaja.

Selepas anda memasang extension tersebut pada Google Chrome anda, anda akan mendapati yang mana terdapatnya butang kecil seperti pada dalam paparan di bawah ini. Sekiranya anda ingin memendekkan URL halaman web yang anda lawati dalam Chrome ketika itu, anda hanya perlu tekan butang tersebut dan Google Chrome akan memendekkan URL itu secara automatik dan memberi anda dua pilihan sama ada untuk tweet URL tersebut ataupun simpannya di dalam clipboard anda. Sekiranya anda memilih untuk tweet, Chrome akan membuka satu lagi tab baru dan membawa anda ke page twitter anda. Ringkas bukan!

chrome
Memendekkan URL Dengan Mudah Pada Chrome

Sekiranya anda tidak mahu menaik taraf Google Chrome anda atau menggunakan pelayar web yang berlainan seperti Firefox, Safari, Opera mahupun Internet Explorer, anda boleh menggunakan khidmat pemendek URL Goo.gl melalui laman pihak ketiga iaitu GaiGalas. Antara muka ringkas laman ini tidak memerlukan penerangan lanjut untuk menggunakannya. Anda hanya perlu isikan URL yang anda ingin pendekkan beserta dengan “http://” dan seterusnya klik pada butang “Shorten”
.
capture4
Isikan URL Yang Ingin Di Pendekkan

capture1
URL Ringkas Goo.gl Di Berikan

Industri khidmat meringkaskan URL kini menjadi tepu, dan cabaran antara Google, Facebook dan Bit.ly semakin sengit apabila Google dan Facebook menyertai dalam khidmat meringkaskan URL pada awal minggu ini.

Artikel ini ditulis oleh Life4Hire. Layari laman blog beliau ataupun ikuti beliau di Twitter atau di Facebook


TIPS & ULASAN