Bit.ly Memperlihatkan Video Popular Harian

Bit.ly Memperlihatkan Video Popular Harian

Diterbitkan pada Dis 18, 2009 oleh .

Penyedia pemendek URL terkemuka, Bit.ly, hari ini memperkenalkan servis terbaru mereka, iaitu Bitly.TV, yang mana melalui laman terbaru mereka ini, Bit.ly memperlihatkan video-video popular yang dikongsikan para pengguna melalui khidmat pemendek URL, Bit.ly.

Bitly TV
Antaramuka Halaman Utama Bitly.TV

Laman Bitly.TV ini dipersembahkan dengan menarik sekali, dimana apabila anda klik pada sesuatu video itu, latar belakang akan dipudarkan, dan anda akan dipersembahkan dengan tetingkap khas dimana video dimainkan dengan beberapa pilihan seperti berkongsi video di Facebook, Twitter ataupun melalui emel. Ianya juga memperlihatkan senarai Tweet terkini yang memautkan kepada video tersebut.

Bitlytv
Video Di Mainkan Dengan Beberapa Pilihan

Persaingan diantara penyedia khidmat pemendek URL menjadi amat tepu buat masa sekarang, dimana Google dan Facebook sendiri telah memperkenalkan pemendek URL mereka pada hujung minggu ini, selain Bit.ly memperkenalkan Bit.ly Pro, membolehkan para pengguna membangunkan khidmat pemendek URL mereka yang dijenamakan mengikut jenama masing-masing.


TIPS & ULASAN