Hari ini, salah seorang pengguna melaporkan yang mana beliau melihat penambahan servis baru pada Google Account, iaitu Google Guru. Walaubagaimanapun, buat masa ini, tiada sebarang halaman pada pautan tersebut, dan mungkin Google Guru akan diperkenalkan dalam masa terdekat kelak.
Google Guru? [via]
Dibawah pautan Google Guru, ianya tertulis yang mana, para pengguna boleh bertanyakan soalan dan dapatkan jawapan daripada para pengguna yang lain melalui Google Guru. Dengan erti kata lain, fungsinya akan lebih kurang sama seperti Yahoo! Answers dan beberapa laman pertanyaan soalan yang lain. Buat masa ini, terdapat Google Guru Thailiand, dan mungkin versi Inggeris akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa laman perkongsian masalah yang lain pada Google, seperti Google Groups, selain Google Answers yang telah pun ditutup baru-baru ini. Para pengguna Malaysia juga aktif bertanyakan soalan, di beberapa forum terkemuka, ataupun bertanya di Yahoo! Answers untuk menyelesaikan masalah mereka.