Setelah sekian lama, kini uTorrent membawakan kebolehan untuk melihat terlebih dahulu kandungan video ketika atau sebelum anda memuat-turunnya melalui versi terbaru aplikasi mereka, iaitu uTorrent 2.1 Beta. Sekiranya anda mula memuat-turun, anda akan dapat melihat ikon Play disebelah torrent anda.
Ikon Play tersebut akan berubah daripada warna putih kepada hijau, dan selepas menjadi warna hijau, anda sudah boleh melihat dahulu video tersebut, dan memastikan anda memuat-turun video yang tepat dan betul. Untuk memainkan video tersebut, anda memerlukan pemain video pihak ketiga, seperti VLC Media Player atau Media Player Classic dan sebagainya.
Untuk mencuba fungsi ini sendiri, anda boleh memuat-turun uTorrent 2.1 Beta secara percuma, dan mencuba sendiri fungsi ini dan jimatkan masa anda dengan mengelak memuat-turun video yang salah.