Rekabentuk Baru Facebook Sebelum Hari Natal?

Rekabentuk Baru Facebook Sebelum Hari Natal?

Diterbitkan pada Dis 20, 2009 oleh .

Facebook akhir-akhir ini sedang dalam usaha memperkenalkan rekabentuk baru untuk laman mereka. Jikala sebelum ini, kita dapat lihat yang mana Facebook mengutamakan enjin carian pada rekabentuk mereka, kini, dengan sedikit perubahan, rekabentuk baru sedang diuji terhadap beberapa pengguna yang terpilih.


Rekabentuk Facebook Yang Baru [via]

Facebook yang kini mempunyai lebih 350 juta pengguna seluruh dunia, dikatakan akan memperkenalkan rekabentuk baru yang mana, melalui rekabentuk baru ini, kotak carian diletakkan dilokasi utama, selain notifikasi yang diubah kedudukannya ke bahagian atas, dan pautan menu yang sedikit diubah suai. Pada masa yang sama beberapa elemen UI pada Facebook juga mengalami perubahan serba sedikit.

Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Facebook akan memperkenalkan antaramuka yang baru ini, tetapi ianya dijangkakan yang mana rekabentuk baru beserta beberapa fungsi yang baru akan diperkenalkan sebelum Hari Natal ini. Sama-sama kita nantikan perkara baru pada laman sosial terkemuka ini.


TIPS & ULASAN