Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Diterbitkan pada Dis 21, 2009 oleh .

Walaupun sebelum ini diumumkan yang mana Pra-Alpha Opera 10.5 akan dilepaskan kepada umum pada hari Selasa ini, iaitu 22 Disember 2009, kini beberapa laman menyediakan muat-turun untuk Pra-Alpha Opera 10.5, yang mana membawakan beberapa fungsi serba baru dalam pelayar web Opera.


Kebolehan Private Browsing Melalui Tab [via]

Buat masa ini, enjin JavaScript baru Opera, Carakan masih lagi belum diintegrasikan, dan berkemungkinan besar, versi yang akan dilepaskan pada hari Selasa kelak mungkin berlainan dengan versi yang kini terdapat di internet buat masa ini. Tetapi, ianya sudah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru yang akan diperkenalkan kelak pada Opera 10.5 seperti;

  • Pelayaran Peribadi (Private Browsing) – Jikalau pelayar web seperti Firefox dan Chrome membolehkan anda membuat pelayaran peribadi dengan membuka tetingkap yang baru, kini Opera menetapkan standard baru, apabila membolehkan pelayaran peribadi dengan hanya membuka tab baru sahaja, dan semua data pelayaran anda tidak akan disimpan dan akan dipadam sepenuhnya sebaik sahaja anda menutup tab tersebut.
  • Integrasi Dengan Windows 7 – Opera kini mengintegrasi sepenuhnya bersama Windows 7, dan mempergunakan sepenuhnya kelebihan Superbar, dan memperlihatkan thumbnail halaman web, sama seperti pelayar web yang lain.
  • Antaramuka Yang Di Perbaharui Antaramuka dan rekabentuk Opera 10.5 kini diperkemaskan serba sedikit, yang mana lebih senang dan mudah digunakan.


Antaramuka Opera 10.5 Yang Di Perkemaskan [via]

Walaubagaimanapun, pihak Opera sendiri meminta para pengguna supaya menunggu sehingga hari Selasa, supaya mengelakkan komputer daripada diancam dengan Trojan dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Pra-Alpha Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru ditulis oleh @AmanFirdaus di blog Amanz


TIPS & ULASAN