Firefox 3.5 Merupakan Pelayar Web Terpopular Di Dunia

Firefox 3.5 Merupakan Pelayar Web Terpopular Di Dunia

Diterbitkan pada Dis 21, 2009 oleh .

Firefox yang dibangunkan oleh pihak Mozilla sudah melalui pelbagai inovasi sejak ianya dilancarkan pada 2004, tetapi industri pelayar web sering didominasi oleh Internet Explorer daripada Microsoft sendiri. Kini, mengikut StatCounter, Firefox 3.5 merupakan pelayar web terpopular meninggalkan Internet Explorer 8 dan Internet Explorer 7 dibelakang.


Pelayar Web Yang Digunakan Oleh Pengguna Web

Menurut StatCounter
, Firefox 3.5 mempunyai pegangan pasaran lebih kurang 21.9%, berbanding IE 8 yang mempunyai 21.2% dan juga IE7 sebanyak 20.3%. Walaubagaimanapun, sekiranya digabungkan, dan tanpa melihat pada angka versi, Internet Explorer masih menjadi pelayar web yang paling popular dengan jumlah sebanyak 55.4%, apabila ditambah sekali dengan Internet Explorer 6 yang digunakan sebanyak 13.9% pengguna.

Firefox pula mempunyai jumlah pengguna sebanyak 32.3% sahaja, dan bakinya dikuasai oleh pelayar web yang lain seperti Chrome, Opera, Safari dan banyak lagi.


Pelayar Web Yang Di Gunakan Pengguna Malaysia

Pada masa yang sama, Firefox 3.5 kini merupakan pelayar web yang paling popular di Malaysia, jauh meninggalkan Internet Explorer 7.0, manakala Firefox 3.0 pula lebih banyak digunakan berbanding dengan Internet Explorer 8.0. Nampaknya, pelayar web Firefox sudah pun mula mendapat perhatian para pengguna di Malaysia, dan Chrome yang kini sedang mengejar penggunaan Internet Explorer 6.


TIPS & ULASAN