Firefox 3.6 Pada Awal Tahun 2010

Firefox 3.6 Pada Awal Tahun 2010

Diterbitkan pada Dis 22, 2009 oleh .

Setelah beta demi beta untuk Firefox 3.6 diperkenalkan, kini ianya rasmi yang mana Mozilla akan melepaskan Firefox 3.6 pada tahun hadapan, dan tarikh rasmi untuk pelepasannya masih lagi belum diumumkan. Sebelum ini, Mozilla memendekkan masa dengan mempercepatkan pembangunan dan menjangkakan Firefox 3.6 akan menemui pengguna pada hujung tahun ini.

Mozilla baru-baru ini telah melepaskan beta kelima bagi Firefox 3.6 berbeza dengan perancangan awal mereka. Sebelum ini, Mozilla merancang untuk melepaskan Firefox 3.6 pada hujung bulan November 2009, namun beberapa perkara telah mengelakkan perkara ini daripada berlaku, dan kini Mozilla menjangkakan yang mana mungkin mereka akan melepaskan Release Candidate untuk Firefox 3.6 sebelum hujung tahun ini, dan versi penuh bagi Firefox 3.6 pada tahun hadapan.

Tahun ini sahaja, kita dapat menyaksikan persaingan sengit antara pelayar web, dimana Chrome kini sudah mencapai versi 4.0 yang membawakan sokongan kepada extension, manakala Opera kini memperkenalkan private-browsing melalui tab baru, dan Microsoft sedang bergiat membangunkan Internet Explorer 9.


TIPS & ULASAN