YouTube Memperkenalkan Penggunaan URL Pendek

YouTube Memperkenalkan Penggunaan URL Pendek

Diterbitkan pada Dis 22, 2009 oleh .

Selepas memperkenalkan Goo.gl sebelum ini, kini Google memperkenalkan khidmat URL ringkas bagi servis video yang popular di dunia, iaitu YouTube. Untuk khidmat pemendek URL YouTube, Google menggunakan domain dari Belgium, dan menjadikannya, http://youtu.be. Walaupun ianya tidak begitu pendek, tetapi ianya kelihatan amat menarik sekali.

Buat masa ini, URL ringkas ini digunakan apabila para pengguna menggunakan fungsi AutoShare untuk berkongsi link pada halaman pihak ketiga, seperti Twitter dan Facebook, dimana URL akan diringkaskan dengan mudah, dimana URL ringkas tersebut hanya menggunakan ID video sahaja. Sebagai contoh, URL seperti http://www.youtube.com/watch?v=vcE8xJkK6t4 akan menjadi http://youtu.be/vcE8xJkK6t4, sekali gus memudahkan lagi perkongsian. Para pembangun juga boleh melakukan perkara sama pada URL ringkas ini, seperti penggunaan API dan sebagainya, untuk memperlihatkan thumbnail, dan melakukan perkara-perkara lain yang menarik.

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan penggunaan URL ringkas dan pendek untuk pengguna toolbar mereka, dan pada hari yang sama juga, Facebook turut memperkenalkan URL ringkas mereka, iaitu FB.Me, serta Bit.ly yang sering memperkenalkan perkara baru, dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN