Cari @ Amanz

Buat masa ini, mungkin umum sedia maklum yang mana Mozilla bakal memperkenalkan antaramuka yang serba bau bagi Firefox. Jikalau sebelum ini dikatakan yang mana Firefox 3.7 dan Firefox 4.0 bakal menerima antaramuka baru, kini ianya berubah apabila hanya Firefox 4.0 akan menerima perubahan tersebut.


Contoh Kedudukan Button Pada Firefox 4.0

Selepas memperlihatkan konsep awal untuk Linux dan Windows sebelum ini, kini, beberapa kemaskini rekabentuk untuk versi Windows kini diperlihatkan, yang mana lebih memberi perhatian kepada rekabentuk yang lebih kepada antaramuka Ribbon seperti pada Windows 7. Pihak Mozilla kini memberikan perhatian yang serius kepada kedudukan bar aplikasi.


Bookmark Bar Pada Firefox 4.0 Kelak

Para pengguna juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan rekabentuk antaramuka untuk Firefox 4.0 mereka kelak. Sebagai contoh, anda boleh memilih samaada anda inginkan Bookmark Bar ataupun tidak, dan kedudukan pilihan anda untuk Bookmark Bar tersebut, samaada diatas tab, atau dibawah tab, dan sebagainya.


Perbandingan Antara Firefox 3.5 dan juga Firefox 4.0

Jikalau mengikut jadual Mozilla, Firefox 4.0 dijangkakan akan dilepaskan pada penghujung tahun 2010, dan bagi para pengguna yang tidak sabar menunggu, anda boleh mencuba antaramuka baru ini dengan memasang Strata 40 pada Firefox anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd