Pra-Alpha Opera 10.5 Sedia Di Uji

Pra-Alpha Opera 10.5 Sedia Di Uji

Diterbitkan pada Dis 22, 2009 oleh .

Seperti yang dikatakan sebelum ini, hari ini, pihak Opera Software sudah pun melepaskan secara rasminya pra-alpha untuk Opera 10.5 yang mana membawakan pelbagai perkara baru dan menarik. Seperti yang dinantikan, kini Opera menggunakan enjin JavaScript baru yang lebih pantas, Carakan.


Antaramuka Pelayar Web Opera 10.5 Pra-Alpha

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Opera membawakan revolusi baru dengan Opera 10.5, dan menerusi enjin JavaScript yang serba baru, iaitu Carakan, kini kelajuannya lebih 7 kali ganda lebih pantas berbanding Opera 10.10. Pada masa yang sama, ianya juga mengguna pakai enjin Presto 2.5 yang membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan kepada CSS3 dan HTML5.

Selain daripada itu, Opera 10.5 ini juga membawakan integrasi yang lebih baik dengan Aero pada Windows 7 dan Vista, selain termasuk pengintegrasian yang lebih cemerlang pada Mac. Selain daripada itu, Opera menetapkan standard baru, dengan membolehkan fungsi Private Tab, satu langkah lebih hadapan berbanding pelayar web yang lain.


Opera 10.5 Pra-Alpha Pada Mac OS

Bagi para pengguna yang ingin mencuba pra-alpha Opera 10.5 ini, anda boleh memuat-turunnya secara terus, samaada untuk platform Windows atau Mac, dan mencubanya pada komputer anda. Hendaklah diambli perhatian yang mana, perisian ini masih lagi pada peringkat pembangunan dan mungkin terdapat sedikit masalah, seperti penggunaan memori yang tinggi, prestasi rendah pada sistem komputer yang lama, dan banyak lagi.


TIPS & ULASAN